Petua Hilangkan Loya Ketika Hamil
Good Day readers! Lunch apa tu?
Alhamdulillah,lepas MC haritu belum
lagi ada MC sampai harini. Kesihatan kadang-kadang tak mengizinkan tapi CPT
masih kuat dan boleh bekerja. Mual dan muntah? Masih ada… Tapi seboleh-bolehnya
CPT elakkan daripada muntah selagi boleh. So, macam-macam cara dah CPT buat…
asal ada petua baru konfem CPT cuba…. J Korang macam mana? Cubalah!
CPT pernah terbaca makan madu boleh
buat hilang loya… So, My mintak enchek somi carikan madu. Selain bertujuan
untuk hilangkan batuk, CPT nak cuba hilangkan rasa loya tu. So, ada jugak try
makan madu… Tapi macam tak nampak je hasilnya… Untuk batuk mungkin okay sikit
jika campurkan dengan sedikit limau lemon. Loya? Macam takde perubahan je makan
madu… mungkin tak kena dengan tekak My kot…
Yang tak boleh blah, masa sms enchek
suami suh carikan madu dia boleh reply macam mana tau. “aik. mintak MADU?”. Cis
cis cis!!!
• Makan Asam
Haaa yang ni memang CPT gunapakai
masa awal-awal lagi. Siap-siap stock asam kulit limau tu dalam beg. Setiap kali
rasa loya cubit sikit buat rasa kat lidah. Tapi.. time tu je lah kurang rasa
loya nya punnnnn…. -.-‘ adagak asam yang rasa manis sangat pulak sampai CPT nak
muntah plak…pun tak leh pakai jugak..cari petua lain…
Orang kata makan asam tak elok untuk
baby. Boleh beri kesan pada otak dia… nanti baby tak pandai kot. Ye ke korang?
• Makan mangga
OTW nak balik rumah CPT ada beberapa
stall buah-buahan. Selalu singgah situ beli mangga. Tapi kena pandai pilih…
Kalau mangga jenis yang terlalu manis tak sedap diterima tekak… Yang jenis
masam-masam manis lemak-lemak tu sedap! Selalu kalau potong berebut makan
dengan enchek somi macam dia plak yang preggy…-.-‘
• Makan Kurma
Yang ni ada juga My terbaca...
Amalkan makan kurma sekurang-kurangnya 7 biji sehari... Heee~ CPT dah beli dah
stock kurma tapi telan tak sampai 7 biji lagi sehari hehehehehe~
• Makan biskut
Pasal petua makan biskut untuk
hilangkan rasa loya ni banyak jugak yang cakap. Pernah terbaca dan kawan-kawan
blogger pun ada bagi suggestion makan biskut. Especially biskut Jacobs cream
crackers yang original tu. Nak tau betul atau tidak CPT pun beli haritu.
Sedikit sebanyak, it helps! Petuanya,
kalau pagi-pagi masa baru bangun tidur tu… makan 1/2 keping biskut ni dulu
sebelum mandi. Sebab orang kata biskut ni serap asid dalam perut macam tu lah
lebih kurang so dia akan menghilangkan rasa loya nak muntah tu. Semalam CPT
cuba, betul! My tak muntah pun pagi semalam…. My bawa bekal pegi opis. Setiap
kali rasa loya My telan…. Membantu jugak. Cuma, petang tu tekak dah tak boleh
nak terima biskut gaknya. Telan-telan pun tetap rasa nak muntah… Balik kerja
malam semalam muntah jugak tapi tak banyaklah macam selalu tu.
• Jangan terlalu fikir rasa nak muntah
Ada orang kata, jangan fikir sangat….
Tapi memang selalunya CPT tak fikir pun… buat tatao je kalau rasa nak muntah.
Tapi…. Bila tak fikir tu tetap akan rasa tak selesa kat dada… Selagi dia tak
keluar selagi tu lah rasa tak selesa…. Bila muntah baru dia lega…. Walaupun
agak seksa….-.-
• Minum 100 Plus
Ada juga yang cakap minum 100 plus
boleh membantu. Doktor ada juga sarankan pada seorang kawan. Tapi kena buang
dulu gasnya. Buka penutup… biarkan dalam peti ais semalaman…. Lepas tu dah
boleh diminum… J
Semalam suh enchek hasben beli… pastu
dah bukak penutup simpan dalam peti ais…. Tapi! Lupa nak minum n tutup bekas
penutup tu pagi ni… -..-’
•
Makan Tembikai
Mak CPT ada cakap waktu dia pegnent
dia ada makan tembikai so tekak rasa sejuk klu muntah pun tekak tak pedih….CPT
pun cuba la mmng betul tekak sejuk perut pun sejuk sedap je makan..habis je
makan nasik mesti cari tembikai…sekarang tembikai kawan baik CPT so…tembikai la
yang paling mujarap tapi tu la jenuh nak cari tembikai je…hehehehehehe tu keje
cik somi la :-)
Ada banyak lagi kot petua… Antaranya
hidu bau buah lemon… makan vitamin tambahan… makan yogurt dan macam-macam lagi
kot… tapi CPT belum cuba…. Sekarang ni nak keep on makan tembikai tu je dulu…
JHarap-harapnya blehlah kurangkan rasa loya ni… Bukan apa, tak tahanlah kalau
sampai tahap muntah banyak tu… Sampai nak terkeluar isi perut… :-(
Orang kata alahan, mual, muntah ni
akan berlarutan sehingga 12-15 minggu….
Betul ke? Ikut orang la. Malah ada yang
lebih teruk sampai bersalin pun masih ada rasa loya n muntah ni… alahai…
janganlah CPT macam tu nanti…. :-(
Minggu ni dah 9 minggu…. Hari rabu ni
kene g klinik tapi cik somi ada keje dia suruh tuka hari khamis sbb dia ckp dia
nak tgk scan excited la plak.. nanti dah g klinik CPT kongsi video scan
ye…Wallahua’lam lah mana lagi better klinik kerajaan atau swasta…. Bagi My sama
je cuma bezanya…. MASA dan KOS. Nanti kita bincangkan klinik Swasta vs Kerajaan
plak ye..







.jpg)
No comments:
Post a Comment