Pages

Monday, 26 January 2015

#rasasunyinketepi

hari ni rasa diri sepi sangat.disaat mengandung knpa kita slalu di uji..betul ke dia untuk aku...knpa skarang perlu fikir smua itu..knpa bila dah ada sikecil...knapa smua orang nak ganggu hidup aku..apa salah aku pada diaorang...aku ada ganggu hidup dia orang ke...aku ada usik dia orang ke...

aku sedih sangat knp bnyak sngt dugaan yang menimpa...mungkin ke kerana orang hidup aku akan hancur.aku tak kuat nak harung smua ni. selain kpda allah kepada siapa lagi yang aku boleh mngadu...aku harap aku akan tenang slepas ini...

Thursday, 25 September 2014

#resepiibuhamil

RESEPI UNTUK IBU HAMIL

AYAM PANGGANG ROSEMARY & LEMON 
Sumber; Blog SriRasa BiDara @ Khairiah khaizu 
Oleh; Dapurmamasya 

Bahan2 : 
1 ekor ayam - dibelah 4 
5 ulas bawang putih - direbus 
1 inci halia - disagat 
1 1/2 sudu besar rosemary kering 
2 sudu besar lada hitam - tumbuk halus 
2 sudu besar madu 
3 sudu besar gula perang 
Garam 
2 kiub ayam - mama letak 1 sj 
2 biji lemon - hiris 
4 sudu besar olive oil 

4 biji kentang - potong 4 dan rebus hingga hampir masak 
3 biji karot - potong kecil2 memanjang 
2 biji tomato - potong 4 

Cara2 : 
1. Bersihkan ayam dan ketepikan. 
2. Campurkan semua bahan kecuali sayur2an dengan olive oil. Kemudian lumurkan pada ayam. Susun ayam ke dalam dulang. 
3. Lebihan bahan lumur tadi, lumurkan pula pada tomato, kentang dan karot dan kemudian susun bersama2 ayam. 
4. Bakar pada suhu 200C selama 1 jam @ hingga masak. 
5. Hidang bersama salad dan sos lada hitam. Sos boleh buat guna air dari panggangan ayam, cuma tambah sedikit susu, serbuk lada hitam dan sos lada hitam. Masak hingga kuah agak pekat. 


Monday, 22 September 2014

#petuahilangkanloyaketikahamil

Petua Hilangkan Loya Ketika Hamil

Good Day readers! Lunch apa tu? 

Alhamdulillah,lepas MC haritu belum lagi ada MC sampai harini. Kesihatan kadang-kadang tak mengizinkan tapi CPT masih kuat dan boleh bekerja. Mual dan muntah? Masih ada… Tapi seboleh-bolehnya CPT elakkan daripada muntah selagi boleh. So, macam-macam cara dah CPT buat… asal ada petua baru konfem CPT cuba…. J Korang macam mana? Cubalah!

•         Makan madu


CPT pernah terbaca makan madu boleh buat hilang loya… So, My mintak enchek somi carikan madu. Selain bertujuan untuk hilangkan batuk, CPT nak cuba hilangkan rasa loya tu. So, ada jugak try makan madu… Tapi macam tak nampak je hasilnya… Untuk batuk mungkin okay sikit jika campurkan dengan sedikit limau lemon. Loya? Macam takde perubahan je makan madu… mungkin tak kena dengan tekak My kot…

Yang tak boleh blah, masa sms enchek suami suh carikan madu dia boleh reply macam mana tau. “aik. mintak MADU?”. Cis cis cis!!!

•         Makan Asam


Haaa yang ni memang CPT gunapakai masa awal-awal lagi. Siap-siap stock asam kulit limau tu dalam beg. Setiap kali rasa loya cubit sikit buat rasa kat lidah. Tapi.. time tu je lah kurang rasa loya nya punnnnn…. -.-‘ adagak asam yang rasa manis sangat pulak sampai CPT nak muntah plak…pun tak leh pakai jugak..cari petua lain…

Orang kata makan asam tak elok untuk baby. Boleh beri kesan pada otak dia… nanti baby tak pandai kot. Ye ke korang?

•         Makan mangga


OTW nak balik rumah CPT ada beberapa stall buah-buahan. Selalu singgah situ beli mangga. Tapi kena pandai pilih… Kalau mangga jenis yang terlalu manis tak sedap diterima tekak… Yang jenis masam-masam manis lemak-lemak tu sedap! Selalu kalau potong berebut makan dengan enchek somi macam dia plak yang preggy…-.-‘

•         Makan Kurma

Yang ni ada juga My terbaca... Amalkan makan kurma sekurang-kurangnya 7 biji sehari... Heee~ CPT dah beli dah stock kurma tapi telan tak sampai 7 biji lagi sehari hehehehehe~

•         Makan biskut

Pasal petua makan biskut untuk hilangkan rasa loya ni banyak jugak yang cakap. Pernah terbaca dan kawan-kawan blogger pun ada bagi suggestion makan biskut. Especially biskut Jacobs cream crackers yang original tu. Nak tau betul atau tidak CPT pun beli haritu.

Sedikit sebanyak, it helps! Petuanya, kalau pagi-pagi masa baru bangun tidur tu… makan 1/2 keping biskut ni dulu sebelum mandi. Sebab orang kata biskut ni serap asid dalam perut macam tu lah lebih kurang so dia akan menghilangkan rasa loya nak muntah tu. Semalam CPT cuba, betul! My tak muntah pun pagi semalam…. My bawa bekal pegi opis. Setiap kali rasa loya My telan…. Membantu jugak. Cuma, petang tu tekak dah tak boleh nak terima biskut gaknya. Telan-telan pun tetap rasa nak muntah… Balik kerja malam semalam muntah jugak tapi tak banyaklah macam selalu tu.

•         Jangan terlalu fikir rasa nak muntah

Ada orang kata, jangan fikir sangat…. Tapi memang selalunya CPT tak fikir pun… buat tatao je kalau rasa nak muntah. Tapi…. Bila tak fikir tu tetap akan rasa tak selesa kat dada… Selagi dia tak keluar selagi tu lah rasa tak selesa…. Bila muntah baru dia lega…. Walaupun agak seksa….-.-

•         Minum 100 Plus

Ada juga yang cakap minum 100 plus boleh membantu. Doktor ada juga sarankan pada seorang kawan. Tapi kena buang dulu gasnya. Buka penutup… biarkan dalam peti ais semalaman…. Lepas tu dah boleh diminum… J

Semalam suh enchek hasben beli… pastu dah bukak penutup simpan dalam peti ais…. Tapi! Lupa nak minum n tutup bekas penutup tu pagi ni… -..-’

•         Makan Tembikai


Mak CPT ada cakap waktu dia pegnent dia ada makan tembikai so tekak rasa sejuk klu muntah pun tekak tak pedih….CPT pun cuba la mmng betul tekak sejuk perut pun sejuk sedap je makan..habis je makan nasik mesti cari tembikai…sekarang tembikai kawan baik CPT so…tembikai la yang paling mujarap tapi tu la jenuh nak cari tembikai je…hehehehehehe tu keje cik somi la :-)

Ada banyak lagi kot petua… Antaranya hidu bau buah lemon… makan vitamin tambahan… makan yogurt dan macam-macam lagi kot… tapi CPT belum cuba…. Sekarang ni nak keep on makan tembikai tu je dulu… JHarap-harapnya blehlah kurangkan rasa loya ni… Bukan apa, tak tahanlah kalau sampai tahap muntah banyak tu… Sampai nak terkeluar isi perut… :-( 

Orang kata alahan, mual, muntah ni akan berlarutan sehingga 12-15  minggu…. Betul ke? Ikut orang la.  Malah ada yang lebih teruk sampai bersalin pun masih ada rasa loya n muntah ni… alahai… janganlah CPT macam tu nanti…. :-( 

Minggu ni dah 9 minggu…. Hari rabu ni kene g klinik tapi cik somi ada keje dia suruh tuka hari khamis sbb dia ckp dia nak tgk scan excited la plak.. nanti dah g klinik CPT kongsi video scan ye…Wallahua’lam lah mana lagi better klinik kerajaan atau swasta…. Bagi My sama je cuma bezanya…. MASA dan KOS. Nanti kita bincangkan klinik Swasta vs Kerajaan plak ye..



Friday, 19 September 2014

#pantanglarangkaumcina,melayu&indiasemasahamil

Pantang Larang Kaum Melayu, Cina & India Semasa Hamil

Selalunya kan, kita tau pantang larang masyarakat Melayu semasa hamil... dan bagi orang perempuan memang biasa sangatlah dengar pantang larang ni dari mulut2 mak2 kita, makcik2 kita, nenek2 kita dan mereka yang telah berpengalaman dan veteran... Dan pantang larang turun temurun ni telah disampaikan dari satu generasi ke satu generasi... Dari dulu sampailah ke zaman sekarang ni... ye tak? Erks...ke x ye? 

PANTANG LARANG KAUM MELAYU

Pantang larang orang Melayu tradisional merupakan kepercayaan masyarakat Melayu zaman lampau berkaitan dengan adat dan budaya warisan nenek moyang. Kebanyakannya adalah bertujuan untuk mendidik masyarakat agar mengamalkan nilai2 murni dalam kehidupan. Apa yang disebut bukan untuk dipercayai tetapi untuk dihayati mesej yang tersembunyi di sebalik pantang larang yang telah diperturunkan secara lisan sejak zaman berzaman. 

Antara pantang larang kaum Melayu semasa seseorang perempuan itu hamil adalah:


1. Dilarang mencaci atau menceritakan kecacatan, dikhuatiri anak yang bakal lahir juga akan cacat.

2. Dilarang memukul, mendera atau mencederakan mana2 haiwan, dikhuatiri anak yang bakal lahir mengalami kecacatan.
3. Dilarang memaku, memahat, mengail atau menyembelih binatang, dikhuatiri anak yang bakal lahir bibir terbelah atau mengalami kecacatan.
4. Dilarang bergaduh dengan ibu mertua, dikhuatiri mengalami kesulitan ketika melahirkan anak. (Ibu mertua jer? Ibu sendiri? Apa2 pun memang x elok bergaduh dengan orang tua... Nauzubillahminzalik...Moga2 dijauhkan...)
5. Dilarang makan sotong, dikhuatiri menghadapi masalah ketika bersalin. Anak mungkin tercerut tali pusatnya.
6. Dilarang mencerca atau melihat sesuatu yang ganjil, dikhuatiri akan kenan.
7. Dilarang minum air tebu atau kelapa di awal kehamilan, dikhuatiri anak akan gugur.
8. Dilarang melihat gerhana, dikhuatiri anak mendapat tompok hitam atau bermata juling.
9. Dilarang melangkah kucing yang sedang tidur, dikhuatiri mata anak tertutup seperti kucing yang sedang tidur... (erks...apakah yang dimaksudkan mata Garfield?)
10. Dilarang menyusup di bawah penyidai, nanti anak akan terencat.
11. Dilarang makan makanan yang berakar seperti pegaga, nanti terlekat uri.
12. Dilarang tidur waktu tengah hari, nanti kepala anak akan menjadi besar.
13. Dilarang potong haiwan nanti anak lahir x cukup anggota (terpotong2 macam haiwan tu?)
14. Dilarang bunuh haiwan nanti anak bakal meninggal macam keadaan haiwan tu mati.
15. Dilarang keluar rumah waktu senja/malam nanti kena usik hantu.
16. Dilarang mandi waktu malam nanti bersalin tumpah darah.
17. Dilarang duduk di tangga nanti bersalin susah.
18. Dilarang siang ikan nanti anak sumbing.
19. Dilarang tanam pokok pisang nanti anak lahir berkepala besar.

Ada lagi ke? Those yang experience or siapa2 yang tahu...bolehlah tolong tambah ye... *_^


PANTANG LARANG KAUM CINA

1. Dilarang makan daging arnab. Jika memakan, bayi yang dilahirkan akan mempunyai bibir arnab.
2. Dilarang makan daging anjing. Jika memakan, bayi yang dilahirkan akan suka menggigit orang, terutamanya semasa menyusui bayi.
3. Dilarang makan daging ayam jantan, barulah bayi tidak menangis pada tengah malam.
4. Dilarang makan ketam, barulah bayi tidak asyik mengeluarkan air liur.
5. Dilarang makan makanan yang bersifat sejuk seperti aiskrim, tembikai. Kemungkinan membawa kepada masalah keguguran bayi.
6. Dilarang mengambil gunting atau penyepit kuku. Bayi yang dilahirkan akan mengalami kecacatan.
7. Dilarang mengangkat tangan melebihi paras bahu. Ibu tidak mudah mengimbangi diri.
8. Dilarang tepuk bahu ibu, ibu mudah terkejut dan mengakibatkan keguguran bayi.
9. Dilarang menyidai baju. Kononnya akan mengakibatkan keguguran bayi.
10. Dilarang menghadiri upacara perkahwinan. Upacara perkahwinan akan mempengaruhi emosi ibu, dan mempengaruhi bayi secara tidak langsung.

PANTANG LARANG KAUM INDIA

Bagi masyarakat India, terdapat beberapa pantang larang yang perlu diamalkan oleh seseorang ibu yang hamil.

1. Dilarang keluar rumah berseorangan pada waktu malam.

2. Dilarang tidur pada waktu siang atau tidur berlebihan.
3. Dilarang melakukan perbuatan2 buruk seperti mengumpat, membuat fitnah, bergaduh, menyembelih haiwan dan sebagainya.
4. Dalam tempoh 2 bulan selepas bersalin, si ibu perlu menghindarkan diri daripada melakukan kerja2 yang berat.

Masyarakat India mengamalkan tempoh berpantang selama 60 hari. Pada tempoh hari yang pertama, saudara mara dan jiran tidak digalakkan melawat ke rumah bayi yang baru dilahirkan kerana takut2 mengganggu bayi yang baru lahir dan menyebabkan dia terkejut.


#pantanglarangawalmenandung

Perkara Yang Perlu Dielakkan Ketika Mengandung

  1. Penjagaan kuku tangan kaki – Anda sering mendapatkan rawatan kuku di salun sebelum ini. Jika boleh, elak melakukannya ketika hamil, terutama pada tiga bulan pertama usia kandungan anda. Ini kerana produk kecantikan yang digunakan mengandungi bahan kimia. Lebih baik anda mengambil langkah berjaga-jaga menghindarinya.
  2. Jalani rawatan muka – Jika sekadar mencuci biasa menggunakan produk bebas daripada bahan kimia, tidak mengapa. Namun, pastikan produk digunakan bersih dan tidak mengandungi bahan berbahaya.
  3. Mewarna rambut – Seboleh-bolehnya elakkan, terutama pada trimester pertama kehamilan, kerana dikhuatiri bahan kimia dalam pewarna meresap ke dalam kulit dan menimbulkan risiko jangkitan terhadap kandungan.
  4. Kasut bertumit – Tak perlu bergaya dengan kasut bertumit ketika hamil kerana semakin bertambah usia kehamilan, semakin bertambah berat badan yang mempengaruhi graviti tubuh dan mudah membuat ibu hamil hilang keseimbangan serta terjatuh.
  5. Ubat nyamuk – Elak apa saja jenis ubat nyamuk tidak kira jenis semburan, yang dibakar atau sapuan sekalipun. Ubat nyamuk mengandungi bahan kimia berbahaya dan boleh menjejaskan kandungan anda.
  6. Derma darah – Ibu hamil tidak digalakkan menderma darah disebabkan mudah mengalami anemia (kekurangan darah) sedangkan anda perlukan banyak darah untuk kehamilan.
  7. Bawa barang – Elak membawa barang berat, apatah lagi setelah kehamilan memasuki trimester terakhir.
  8. Durian – Elak memakan durian, terutama pada trimester pertama kehamilan, kerana ia boleh merangsang kontraksi yang akhirnya menyebabkan keguguran.
    Perkara Yang Perlu Dielakkan Ketika Mengandung Tips Kehamilan   Perkara Yang Perlu Dielakkan Ketika Mengandung
  9. Kapal terbang – Elak menaiki kapal terbang pada trimester terakhir kehamilan, apatah lagi jika anda tergolong dalam kehamilan berisiko atau menghadapi masalah kesihatan. Tekanan di udara boleh menambah risiko terhadap kehamilan.
  10. Gincu bibir – Jika anda suka memakai gincu ketika hamil, elakkan tabiat suka menjilat bibir. Bahan pengawet dan pewarna di dalam gincu jika tertelan boleh membahayakan janin.
  11. Krim pemutih – Lupakan krim pemutih ketika ini. Kandungannya boleh menjejaskan kesihatan anda dan janin.
  12. Ubat jerawat – Wajah anda dipenuhi jerawat setelah mula hamil? Ia perkara biasa kerana faktor perubahan hormon untuk proses kehamilan. Lupakan seketika penggunaan ubat jerawat kerana ia mungkin membahayakan pertumbuhan janin anda. Cara lebih selamat, kerap mencuci muka untuk mengurangkan penghasilan minyak yang menyebabkan jerawat. Atasi jerawat setelah melahirkan nanti.
Makanan yang harus dielak sewaktu hamil
Makanan mentah dan separuh masak, misalnya kafein, sushi, telur separuh masak, steak, makanan ringan, alkohol dan nikotin kerana mengakibatkan gejala tidak elok. Gula juga tidak digalakkan kerana boleh menyebabkan komplikasi seperti kencing manis ketika mengandung. Ia juga boleh menyebabkan bayi besar.

Thursday, 18 September 2014

#taklarat

Salam smua CPt tak larat btul dr td asyik muntah je skrg ni tgh bring dlm office walau pun tgh rht tak dapat gak balik umah sebab tak larat bawak kete...adoi....tak pe la jnji bby sihat pengorbanan seorang ibu...

#BERITABAIK

Assalamualaikum semua..

CPT baru dapat berita baik rupa2nya CPT menandung heheheh... heheheh baru 8 minggu..

patutla badan ni rasa lain je asyik nak muntah je..lesu je...tapi penat la dah la keje..

Usia Janin 9 Minggu

sapa kat sini ngandung jugak jom kongsi cerita n pengalaman...